Blogger Layouts

Selasa, 11 Ogos 2009

guru bertugas

Hari ini saya memulakan tugasan saya sebagai guru bertugas..Oleh itu saya perlu mengawal murid dan mengendalikan perhimpunan murid di dewan sebelum loceng untuk masuk kelas berbunyi.. Saya mengambil kesempatan sewaktu bercakap di perhimpunan sebagai guru bertugas untuk memberi sijil-sijil penyertaan kepada murid-murid yang telah menyertai Minggu Anti Dadah...huh..baru hari nie saya berkesempatan untuk memberi sijil tersebut setelah tertangguh beberapa bulan...Letih juga untuk memastikan murid yang hampir 900 orang supaya terkawal dan berdisiplin..Sememangnya banyak cabaran-cabaran yang harus di lalui dalam mendidik dan membimbing murid sekarang..Saya tidak terkecuali dalam memikul amanah tersebut. Saban hari ada sahaja kes disiplin yang telah dirujuk kepada saya untuk dikaunseling walaupun adakalanya klien yang diberi itu sangat keras kepala...Tetapi bagi saya, walaupun mereka dikatakan tidak akan berubah oleh segelintir orang, saya tetap menaruh harapan positif yang mereka pasti akan berubah suatu hari nanti..Mungkin mereka tidak akan berubah pada hari ini, esok, ataupun lusa tetapi tidak mustahil mereka akan berubah setelah dewasa..siapakan tahu nanti murid yang bermasalah itu akan menjadi seorang berguna pada negara, bangsa dan agama pada suatu hari nanti..Dan mungkin juga hasil didikan, bimbingan dan nasihat kita sebagai guru akan menjadi pedoman buat mereka untuk berjaya di suatu hari nanti...
Walau apapun bak pesanan suamiku tersayang, kita kena BE POSITIF...

Isnin, 10 Ogos 2009

Mahbuban fillah abadan abada

7 Mac 2009
Saat setelah diijab kabulkan...bermulanya tanggungjawab sbg seorang isteri kpd suami..


alhamdulillah..doakan kami bahagia di dunia dan akhirat dan saya menjadi bidadari kpd suami di sana nanti..


"Ya Allah jadikanlah isteri dan anak-anak kami penyejuk di mata dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertaqwa..."Amin..

Mulakan sesuatu dengan niat kerana Allah...

Salam....
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah dan Pengasihani saya mulakan penulisan blog nie....
Ya Allah Engkau sebaik-baiknya penolong..