Blogger Layouts

Rabu, 17 Ogos 2011

Sukanya memfitnah

Wahai orang yang beriman, jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidik (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara tidak diingini, dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) sehingga menyebabkan kamu menyesali perkara yang kamu lakukan.” (Surah al-Hujurat, ayat 6)

Hakikatnya, dosa membuat fitnah menjauhkan diri dari syurga. Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim). Dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.


Isnin, 23 Mei 2011

Menunngu Kepulangan

Salam......
Seperti biasa menunggu my beloved hubby balik dari kerja........Tak sabar2 nak jumpa walaupun hari2 dok jumpa...


Selasa, 17 Mei 2011

Lapar......lapar

Alhamdullah sejak akhir2 nie hujan mulai turun setelah lamanya berpanas..
Teringat sewaktu bersembang2 dgn seorg cikgu geografi di sekolah yang mana pada waktu ini cuaca dan bahang panas begitu terasa...Mengikut cikgu tersebut, pada bulan ini sepatutnya musim hujan bukan panas...Alhamdullah berkat doa daripada semua, hujan dah mulai turun...
Syukurlah, sekurang-kurangnya udara sejuk dapat dirasai jugak..
Hmm.....hujan-hujan nie terasa laparlah pulak....lapar....laparnya..
Makin terasa kelaparan nie, terasa hati ini makin merindui suamiku yang tersayang...Bertuahnya menjadi isteri pada beliau...Kalaulah waktu ini beliau bersamaku pasti beliau akan berusaha untuk menyediakan makanan bagiku walaupun tak diminta.....

Uhibbuka fillah, ya zauj........

Ahad, 1 Mei 2011

cuti hari pekerja...........

Alhamdulillah..............yahooooooooooooooo kerana dapat bercuti stelah menjalani hari yang memenatkan sepanjang bekerja...... Sejak dari awal tahun sehingga skrg nie kebanyakan hari sabtu adalah sekolah........Oleh itu, saya mengambil kesempatan cuti sekolah ini utk bercuti bagi menenangkan fikiran yang telah penat bekerja walaupun sekejap ja...Memang terasa sangat2 seronok dan lega setelah dapat peluang bercuti........

Lega sangat2 sebab dapat :

  • naik flight......nie lah 1st time pglmn saya dapat naik.......hehe....cuti nie dapat naik 2 kali (pergi dan balik)...Pulak tue beli tiket ngan harga RM40 je (pi dan balik)....Yang seronoknya dapat tempat duduk pla kelas vip (hot seats tue........)
  • puas juga dapat berjalan-jalan ke johor ngan suami tersayang dan adik-adikku walaupun tak semua adik beradik dapat pi termasuk my beloved parents.........Kenangan yang tak dapat lupa waktu di danga bay naik basikal 4 seats........hehe..Mmg best sgt2 sampai nk terlanggar tiang tapi nasib baik sempat brek........
  • oleh kerana mood saya rasa gembira jom kita sama2 senyum...............senyummmmmmmmmmm... :-) :-) :-)..senyum seindah suria yang menjadi penawar......kau tersenyum ku tersenyum......... -- Alhamdulillah, syukur dengan Allah swt kerana memberi ku nikmat ini........Ya, Allah terima kasih kepada-Mu jua.......

Sabtu, 16 April 2011

Aku Adalah Guru Kaunseling

Assalammualaikum wbt



Sudah 4 tahun saya menjadi seorang guru bimbingan dan kaunseling......
Alhamdulillah sepanjang dari mula saya bekerja sehingga ke hari ini saya masih tidak jemu untuk bergelar sebagai seorang GBK....Tidak dapat dinafikan kekadang bermacam-macam cabaran dan dugaan yang datang menjengah dari pelajar2 sehinggalah ke peringkat atasan...
Sebagai seorang kaunselor, saban hari saya terpaksa berdepan dan menghadapi berbagai-bagai karenah dan apa juapun masalah daripada pelajar samaada yang kadangkala saya tidak jangkakan...Namun bagi saya itu adalah lumrah yang perlu kita terima sebagai seorang insan..Setiap insan diuji dengan pelbagai cara dan bentuk..Memang saya tidak dapat nafikan, melalui masalah yang saya dengar daripada pelajar2 dan juga sesi kaunseling yang saya jalankan maka banyak perkara yang saya belajar daripada mereka....Walaupun mereka datang memerlukan bimbingan daripada saya tetapi tanpa mereka ketahui bahawa saya juga sebenarnya mendapat didikan daripada mereka..Ya, saya banyak belajar untuk muhasabah diri daripada mereka...Merekalah yang mentarbiyah saya..Setiap untaian bibit-bibit kata, tangisan dan gelak tawa mereka merupakan tarbiyah kepada saya untuk saya menginsafi....
Ketahuilah pelajar-pelajarku, tanpa engkau sedari walaupun engkau merasai dirimu hina dan tak dihargai tetapi engkaulah yang menjadi kekuatan pada diri cikgu...Engkaulah merupakan guru untuk mengingatkan diri cikgu yang alpha ini supaya dapat bermuhasabah...Terima kasih murid-muridku...Jangan pernah jemu untuk datang berjumpa ckgu dan jangan takut untuk menjalankan sesi kaunseling kerana kita sama2 belajar-belajar..
Merekalah kekuatan yang mewarnai kerjayaku ini......

Selasa, 29 Mac 2011

Kehidupan...........

Kehidupan.......
Kehidupan adakalanya mendatangkan kebahagian
Kehidupan juga mengundang kesedihan.......
Dan........
Kehidupan juga tidak akan lari
Daripada Corak Ujian dan dugaan.......

Justeru itu........
Dalam mengorak langkah dan arahmu......
Kau tidak kan terhenti
Untuk diuji dan diduga......

Maka.......
Apa yang terbaik untuk dirumu.........
Teruskan Melangkah
Teruskan Ke hadapan
Tanpa menoleh sedikit pun.......

Ketahuilah sayangku,
Kau tetap kau,
Dirimu tetap dirimu,
Orang lain adalah orang lain,..........

Justeru itu.........
Kau perlu kuat
Tabahkan hatimu
Dalam mewarnai
Rencah kehidupan...........

Sayangilah diri.....
Kebahagiaan kan menjadi milikmu jua
Ingatlah Allah itu sentiasa bersamamu......