Blogger Layouts

Sabtu, 16 April 2011

Aku Adalah Guru Kaunseling

Assalammualaikum wbt



Sudah 4 tahun saya menjadi seorang guru bimbingan dan kaunseling......
Alhamdulillah sepanjang dari mula saya bekerja sehingga ke hari ini saya masih tidak jemu untuk bergelar sebagai seorang GBK....Tidak dapat dinafikan kekadang bermacam-macam cabaran dan dugaan yang datang menjengah dari pelajar2 sehinggalah ke peringkat atasan...
Sebagai seorang kaunselor, saban hari saya terpaksa berdepan dan menghadapi berbagai-bagai karenah dan apa juapun masalah daripada pelajar samaada yang kadangkala saya tidak jangkakan...Namun bagi saya itu adalah lumrah yang perlu kita terima sebagai seorang insan..Setiap insan diuji dengan pelbagai cara dan bentuk..Memang saya tidak dapat nafikan, melalui masalah yang saya dengar daripada pelajar2 dan juga sesi kaunseling yang saya jalankan maka banyak perkara yang saya belajar daripada mereka....Walaupun mereka datang memerlukan bimbingan daripada saya tetapi tanpa mereka ketahui bahawa saya juga sebenarnya mendapat didikan daripada mereka..Ya, saya banyak belajar untuk muhasabah diri daripada mereka...Merekalah yang mentarbiyah saya..Setiap untaian bibit-bibit kata, tangisan dan gelak tawa mereka merupakan tarbiyah kepada saya untuk saya menginsafi....
Ketahuilah pelajar-pelajarku, tanpa engkau sedari walaupun engkau merasai dirimu hina dan tak dihargai tetapi engkaulah yang menjadi kekuatan pada diri cikgu...Engkaulah merupakan guru untuk mengingatkan diri cikgu yang alpha ini supaya dapat bermuhasabah...Terima kasih murid-muridku...Jangan pernah jemu untuk datang berjumpa ckgu dan jangan takut untuk menjalankan sesi kaunseling kerana kita sama2 belajar-belajar..
Merekalah kekuatan yang mewarnai kerjayaku ini......