Blogger Layouts

Rabu, 20 November 2013

Alhamduillah dah ada rumah

Assalammualaikum wbt..
Alhamdulillah dah nak dekat 1 minggu cuti sekolah dah berlangsung.. Maka barulah ada masa saya nak update blog nie... Macam2 kisah yang dilalui pada tahun ini... Ada yang sedih dan ada juga yang gembira... Insyallah saya kisahkan yang gembira dulu buat entry kali ini...

BELI RUMAH BARU

Untuk makluman semua sahabat2, alhamdulillah  saya dan suami berjaya memiliki rumah sendiri setelah hamper 4tahun menyewa rumah... Wang sewa rumah bukannya murah, mahal jugak lah  sekarang ni walaupun  menyewa di kawasan kampung.. Alhamdulillah, dengan keizinan Allah swt, kami berjaya membeli rumah yang baru naik tahun lepas... Tue pun kebetulan suami menelefon pemaju untuk bertanya rumah di kawasan lain.. Di kesempatan itulah pemaju menawarkan rumah 3tingkat dengan harga yang begitu rendah.. Kalau diikutkan rumah yang kami beli nie dah Ada pembeli tetapi pembeli yang asal tue kena reject loan dan hanya tinggal rumah ini sahaja... Kami pun apa lagi pergilah meninjau kawasan strategik nie... Kami pun meminta pendapat Dan preset ujian daripada ke dua- dua belah keluarga... Mak dan abah kami berdua meminta agar kami membeli rumah terse but... Alhamdulillah berkaitan persetujuaan kedua-dua belah keluarga kami pun telah membeli rumah ini..

RUMAH SIAP PADA TAHUN 2013

Alhamdulillah pada hujung bulan Mei, saya telah mendapat kunci rumah... lalu kami membuat semakan kerosakan rumah dan telah membuat Adana kepada pemaju perumahan... Emm bila masuk rumah baru banyak ongkosnya jugak... Antara perkara yang perlu buat bila masuk rumah baru ini ialah:
*  masuk electrik rumah
*. Masuk air
*. Beli perkakas elektrik (kipas dan lampu)
*. Wiring rumah ( Mujur Ada sahabat suami sudi membantu... Terima kasih ustaz)
*. Beli perkakas bilik air ( penyidai tuala, tempat letak perkakas, paip air)
*. Buat grill rumah (pintu dan tingkap)
*   Buat langsir
*. Buat kitchen cabinets
*. Buat bumbung tambahan dapur dan awning
*. Beli tv dan masuk astro
*. Beli cat rumah dan mengecat rumah ( penat oooo)

Huhuhu... Memang banyak wang kena dikeluarkan... Jadi sahabat2, elok benarlah menyimpan sedih it daripada duit gaji dan juga duit kwsp ( bagi pekerja kerajaan yang ambik skim pencen)... Semua duit nie sangatlah diperlukan apabila masuk rumah baru... Lebih baik guna wang simpan an daripada berhutang dengan bank...hehe..

MASUK RUMAH BARU

Alhamdulillah, segala pujiaan bagi Allah swt kami telah selamat masuk ke rumah baru kami lebih kurang  dah 2 bulan... Kami dapat mrnyelamatkan duit kami daripada menyewa rumah kepada memiliki rumah sendiri... Syukur sangat2... Kami juga adalah orang pertama merasmikan lot perumahan 21 unit...hehe.. Rumah kami juga terletak berdekatan dengan kedua-dua rumah mak abah kami... Kami ni kiranya tinggal di tengah-tengah antara kedua-dua keluarga kami...









Tiada ulasan:

Catat Ulasan