Blogger Layouts

Isnin, 28 September 2015

Guru Kaunseling

Assalammualaikum wbt..
Detik demi detik... Hari demi hari... Tahun  demi tahun... Allahurabbi sekejap ja masa telah berlalu... Tahun ini adalah tahun ke 8 aku menjadi guru bimbingan&kaunseling / kaunselor sekolah...
Bermacam-macam rencah kehidupan telah aku lalui... Tugasku sebagai guru kaunseling byk membantu Dan mendidik aku.. Mendidik aku untuk menjadi org yg sabar, ikhlas lillahitaala, berani, kuat , sedih dan gembira...

Ya, tugas seorg guru kaunseling tidak sama seperti guru lain di sekolah... Aku tidak nafikan , Ada segelintir guru kaunseling yg sudah berputus asa untuk mnjadi guru kaunseling.. Mereka akhirnya menukar bidang menjadi guru yg mengajar, ada juga yg merajuk lalu menukar ke kerjaya kaunseling di pejabat dalam spa, dan Ada juga yg cepat2 sambung belajar supaya dapat lari Dari sekolah dengan menjadi Pensyarah... Bukan itu sahaja, malah Ada juga yang tengah  menunngu dan berfikir serta merancang untuk mencari peluang beralih ke profession lain selain guru kaunseling. Aku sebagai guru kaunseling, sangat2 mengerti dan memahami perasaan mereka... Aku juga kadangkala  mempunyai perasaan seperti mereka... Menjadi guru kaunseling sangat2 menguji kesabaran... Walaubagaimanapun, aku sentiasa muhasabah diri dan percaya ada hikmahnya dengan istikharah pilihanku ini suatu masa dahulu...

Aku sememangnya bercita-cita untuk mnjadi pendidik sejak dari kecil... Sejak kecil lagi aku sudah mula mendidik dan mengajar adik-adikku, sepupuku, anak-anak jiranku dan shbt2 ku... Aku sememangnya ingin membantu semua org dan mewarisi kerjaya Makku sebagai seorang pendidik.. Namun perancangan Allah itulah yang terbaik... Menjadi guru kaunseling byk untuk Ingat Allah swt... Guru kaunseling di sekolah adalah golongan minoriti(sedikit)...  Terdapat sekolah juga
 Guru kaunselingnya hanya seorang satu sekolah kerana mengikut enrolmen pelajar... Faham2lah bila golongan yg sedikit dan tidak mengajar sama2 seperti guru lain, golongan seperti ini lah yang dipandang serong kerana mereka tidak faham kerja guru kaunseling... Sebagai guru kaunseling, aku memahami sangat keadaan yg menimpa kami... Walaupun kami guru kaunseling masa tidak mengajar, tugas kami tak pernah berhenti dari mula masuk sekolah sampai habis sekolah... Memikir dan terus memikir , merancang dan terus merancang, serta melaksanakan sesi kaunseling, program2, kerja pengurusan murid, sekolah, ppd, jpn dan mcm2 lagi... Guru sehari Ada 4 hgga 6 waktu mngajar... Guru kaunseling pulak sepanjang masa tanpa henti... Berehat pun sekejap kejap sahaja...

Dalam masa yg sama aku turut kagum dan faham bagaimana bebanan tugas guru yang mengajar...Guru yg mengajar memikul tugas mulia..Aku kagum dengan sahabat2 guru, mendidik tanpa kenal erti jemu dan penat lelah sehingga mengorbankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah untuk keluarga... Menjadi guru kaunseling pun sama juga, penat lelah kami dalam membantu anak2 pelajar tidak pernah jemu dan bosan... Guru kaunseling juga banyak mengorbankan masa dan tenaga yang sepatutnya bersama-sama keluarga TETAPI  kerana tugas serta tanggungjawab kepada anak2 pelajar didahului... Guru yang mengajar Dan guru kaunseling sama2 bergerak sehaluan dalam mendidik anak2 pelajar ke arah kecemerlangan di dunia dan akhirat... mudah2an kami dapat mendidik anak2 pelajar ke arah acuan yang diredhai Allah swt... Amin

Sememangnya bagi diriku ini, aku bersyukur mnjadi guru kaunseling... Guru kaunseling mngajar ak untuk mnjadi ikhlas lillahitaala dalam mendidik pelajar.... Mendidik aku supaya menjaga hubungan baik dengan manusia  dan juga mengingatkan aku untuk menjaga hubungan dengan Allah swt... Biarlah Guru kaunseling tidak mendapat nilaian di mata manusia tentang kebaikan mereka TETAPI mendapat nilaian disisi Allah... Guru kaunseling tidak semua pelajar menghargai jasa dan pengorbanan mereka seperti guru yang mngajar... Apa  yg guru kaunseling buat untuk pelajar, pelajar tidak tahu... Kebiasaannya guru kaunseling tidak mendapat tempat di sisi pelajar kecuali bagi pelajar yang m kerap mendapat khidmat guru kaunseling ?.. Apapun aku tetap bersyukur... Cuma yang kuharapkan mudah2an aku sebagai guru kaunseling termasuk dalam doa mereka... Biarpun sesiapa yang dinamakan manusia tidak menghargai kami guru kaunseling....
AKU TETAP GURU KAUNSELING BERAZAM UNTUK MENDIDIK DAN MEMBANTU ANAK2 PELAJARKU!!!!!!




Tiada ulasan:

Catat Ulasan