Blogger Layouts

Ahad, 15 Julai 2018

Zuriatku

Assalammualaikum wbt..

Di keheningan malam yang terasa hangat ini, aku dapat rasakan kesepian kerana ketiadaan suamiku yang perlu pulang ke kl untuk mencari rezeki.. Kami berdua sudah beberapa tahun telah hidup pjj.. Sedih kan apabila mengenangkan kami berdua tiada zuriat yang lahir daripada rahimku ini... Allahurabbi.. Beginilah ujian terindah yang Allah berikan kepada kami supaya kami belajar mensyukuri nikmat Allah yang telah berikan kepada kami dan melupakan segala ujian pahit , masin serta masam.. Nikmat Allah Yang Mana Engkau Mahu Dustakan??  Antara sebab kedua kesepian malam ini kerana anakku Muhammad Hadif tiada di sisiku sudah 3hari... Kerinduaanku pada dia sangat menebal.. Anak inilah yang pertama kalinya lahir kedunia telah mencukupi nikmat anugerah untukku menjadi seorang mak... Saat terindah diingatanku setelah beliau mula belajar untuk bertutur ,  Allah swt yang mengizinkan beliau untuk memanggilku sebagai mak dan suamiku sebagai bapa.. Beliau juga yang mengajarku untuk mempunyai perasaan sebagai seorang ibu.. Beliau juga mengajarku untuk sabar dengan ragam seorang anak.. Beliau juga insan yang menggembirakanku di saat aku kesunyian dan kesepian..Allahurabbi.. Tiada kata yang mampu kulafazkan melainkan hanya lafaz syukur dengan nikmatMu ini.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Allahu Akbar.. Terima kasih ya Allah..

Ahad, 8 Julai 2018

Muhammad Mirza Nufail

Assalammualaikum wbt..

Subhanallah setelah sekelian lama tidak menulis di blog akhirnya malam ni tergerak hati untuk membuka dan menulis di blog.. Teringat Kenangan lama apabila ingin membuka blog di awal perkahwinan , nama Mirza di ambil sebagai nama alamat website blog ini.. Nama Mirza adalah nama inspirasi suamiku kepadaku iaitu bermaksud teman.. Mirzatulkhair bermakna teman yang baik.. Nama tersebut sentiasa mekar dalam hubungan kami sehinggalah usia perkahwinan kami menginjak ke tahun 2015..  Percaturan Allah yang membenarkan nama Mirza aku lafazkan kepada adikku yang meminta aku mencadangkan nama yang baik untuk anaknya.. Allah yg memberiku ilham untuk aku menamakan anak sulung adikku yang aku anggap seperti anakku sendiri dengan nama Muhammad Mirza Nufail yang bermaksud hadiah anak yang baik.. Akhirnya nama hubungan cintaku dan suamiku terletak pada cinta hatiku Muhammad Mirza Nufail.. Saatnyang paling terindah setelah beliau lahir adik iparku berpantang di rumahku selama sebulan aku antara yang membesarkan mirza sehingga kini... Begitu lah warna-warni keindahan yang Allah berikan kepadaku dan suami selain kesayangan kami hadif dan husna.. Ya Allah terima kasih di atas anugerah terindah di sebalik ujian dalam kehidupanku..

Alhamdulillahhirabbil alamin