Blogger Layouts

Ahad, 15 Julai 2018

Zuriatku

Assalammualaikum wbt..

Di keheningan malam yang terasa hangat ini, aku dapat rasakan kesepian kerana ketiadaan suamiku yang perlu pulang ke kl untuk mencari rezeki.. Kami berdua sudah beberapa tahun telah hidup pjj.. Sedih kan apabila mengenangkan kami berdua tiada zuriat yang lahir daripada rahimku ini... Allahurabbi.. Beginilah ujian terindah yang Allah berikan kepada kami supaya kami belajar mensyukuri nikmat Allah yang telah berikan kepada kami dan melupakan segala ujian pahit , masin serta masam.. Nikmat Allah Yang Mana Engkau Mahu Dustakan??  Antara sebab kedua kesepian malam ini kerana anakku Muhammad Hadif tiada di sisiku sudah 3hari... Kerinduaanku pada dia sangat menebal.. Anak inilah yang pertama kalinya lahir kedunia telah mencukupi nikmat anugerah untukku menjadi seorang mak... Saat terindah diingatanku setelah beliau mula belajar untuk bertutur ,  Allah swt yang mengizinkan beliau untuk memanggilku sebagai mak dan suamiku sebagai bapa.. Beliau juga yang mengajarku untuk mempunyai perasaan sebagai seorang ibu.. Beliau juga mengajarku untuk sabar dengan ragam seorang anak.. Beliau juga insan yang menggembirakanku di saat aku kesunyian dan kesepian..Allahurabbi.. Tiada kata yang mampu kulafazkan melainkan hanya lafaz syukur dengan nikmatMu ini.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah... Allahu Akbar.. Terima kasih ya Allah..

Ahad, 8 Julai 2018

Muhammad Mirza Nufail

Assalammualaikum wbt..

Subhanallah setelah sekelian lama tidak menulis di blog akhirnya malam ni tergerak hati untuk membuka dan menulis di blog.. Teringat Kenangan lama apabila ingin membuka blog di awal perkahwinan , nama Mirza di ambil sebagai nama alamat website blog ini.. Nama Mirza adalah nama inspirasi suamiku kepadaku iaitu bermaksud teman.. Mirzatulkhair bermakna teman yang baik.. Nama tersebut sentiasa mekar dalam hubungan kami sehinggalah usia perkahwinan kami menginjak ke tahun 2015..  Percaturan Allah yang membenarkan nama Mirza aku lafazkan kepada adikku yang meminta aku mencadangkan nama yang baik untuk anaknya.. Allah yg memberiku ilham untuk aku menamakan anak sulung adikku yang aku anggap seperti anakku sendiri dengan nama Muhammad Mirza Nufail yang bermaksud hadiah anak yang baik.. Akhirnya nama hubungan cintaku dan suamiku terletak pada cinta hatiku Muhammad Mirza Nufail.. Saatnyang paling terindah setelah beliau lahir adik iparku berpantang di rumahku selama sebulan aku antara yang membesarkan mirza sehingga kini... Begitu lah warna-warni keindahan yang Allah berikan kepadaku dan suami selain kesayangan kami hadif dan husna.. Ya Allah terima kasih di atas anugerah terindah di sebalik ujian dalam kehidupanku..

Alhamdulillahhirabbil alamin

Ahad, 20 Mac 2016

Kesepiaan ini

Assalammualaikum wbt
Segala pujiaan Dan selawat ke atas jujungan besar Nabi Muhammad s.a.w ..
Mudah2an Allah mengampunkan segala dosa-dosaku...

Ya Allah sunyinya diriku di malam yang sepi ini... Terasa sangat sendiriaan di malam ini...
Suamiku baru shj meninggalkanku pulang ke kl utk mencari rezeki..
Hanya Engkau shj Maha Mengetahui ujian Dan dugaan dlm hidupku..

Ya Allah jauhkanlah hambaMU ini Dan keluargaku daripada syaitan yang direjam Dan manusia bertopengkan syaitan..

Ya Allah ku rindu zaman ukhuwah fillah dengan shbt2 yang mencintaiMu .. Aku rindu kan shbt seperti mereka yang sentiasa bersama samaku.. Di dalam dunia pekerjaan ini susah ku utk temui shbt2  yang  setia bersama ku dalam menuju perjuangan mencari cintaMU Ya Allah.. 
Adakah Ya Allah ku tidak layak mendapat shbt yg baik dan beriman kepadaMU ..

 Ya Allah ampunilah dosa-dosaku.. Jauhkanlah diriku daripada me lakukan kemungkaran.. Dekat lah diriku, suamiku dan keluargaku denganMU Ya Allah, Ya rabbi...



Isnin, 28 September 2015

Guru Kaunseling

Assalammualaikum wbt..
Detik demi detik... Hari demi hari... Tahun  demi tahun... Allahurabbi sekejap ja masa telah berlalu... Tahun ini adalah tahun ke 8 aku menjadi guru bimbingan&kaunseling / kaunselor sekolah...
Bermacam-macam rencah kehidupan telah aku lalui... Tugasku sebagai guru kaunseling byk membantu Dan mendidik aku.. Mendidik aku untuk menjadi org yg sabar, ikhlas lillahitaala, berani, kuat , sedih dan gembira...

Ya, tugas seorg guru kaunseling tidak sama seperti guru lain di sekolah... Aku tidak nafikan , Ada segelintir guru kaunseling yg sudah berputus asa untuk mnjadi guru kaunseling.. Mereka akhirnya menukar bidang menjadi guru yg mengajar, ada juga yg merajuk lalu menukar ke kerjaya kaunseling di pejabat dalam spa, dan Ada juga yg cepat2 sambung belajar supaya dapat lari Dari sekolah dengan menjadi Pensyarah... Bukan itu sahaja, malah Ada juga yang tengah  menunngu dan berfikir serta merancang untuk mencari peluang beralih ke profession lain selain guru kaunseling. Aku sebagai guru kaunseling, sangat2 mengerti dan memahami perasaan mereka... Aku juga kadangkala  mempunyai perasaan seperti mereka... Menjadi guru kaunseling sangat2 menguji kesabaran... Walaubagaimanapun, aku sentiasa muhasabah diri dan percaya ada hikmahnya dengan istikharah pilihanku ini suatu masa dahulu...

Aku sememangnya bercita-cita untuk mnjadi pendidik sejak dari kecil... Sejak kecil lagi aku sudah mula mendidik dan mengajar adik-adikku, sepupuku, anak-anak jiranku dan shbt2 ku... Aku sememangnya ingin membantu semua org dan mewarisi kerjaya Makku sebagai seorang pendidik.. Namun perancangan Allah itulah yang terbaik... Menjadi guru kaunseling byk untuk Ingat Allah swt... Guru kaunseling di sekolah adalah golongan minoriti(sedikit)...  Terdapat sekolah juga
 Guru kaunselingnya hanya seorang satu sekolah kerana mengikut enrolmen pelajar... Faham2lah bila golongan yg sedikit dan tidak mengajar sama2 seperti guru lain, golongan seperti ini lah yang dipandang serong kerana mereka tidak faham kerja guru kaunseling... Sebagai guru kaunseling, aku memahami sangat keadaan yg menimpa kami... Walaupun kami guru kaunseling masa tidak mengajar, tugas kami tak pernah berhenti dari mula masuk sekolah sampai habis sekolah... Memikir dan terus memikir , merancang dan terus merancang, serta melaksanakan sesi kaunseling, program2, kerja pengurusan murid, sekolah, ppd, jpn dan mcm2 lagi... Guru sehari Ada 4 hgga 6 waktu mngajar... Guru kaunseling pulak sepanjang masa tanpa henti... Berehat pun sekejap kejap sahaja...

Dalam masa yg sama aku turut kagum dan faham bagaimana bebanan tugas guru yang mengajar...Guru yg mengajar memikul tugas mulia..Aku kagum dengan sahabat2 guru, mendidik tanpa kenal erti jemu dan penat lelah sehingga mengorbankan tanggungjawab sebagai seorang ibu dan ayah untuk keluarga... Menjadi guru kaunseling pun sama juga, penat lelah kami dalam membantu anak2 pelajar tidak pernah jemu dan bosan... Guru kaunseling juga banyak mengorbankan masa dan tenaga yang sepatutnya bersama-sama keluarga TETAPI  kerana tugas serta tanggungjawab kepada anak2 pelajar didahului... Guru yang mengajar Dan guru kaunseling sama2 bergerak sehaluan dalam mendidik anak2 pelajar ke arah kecemerlangan di dunia dan akhirat... mudah2an kami dapat mendidik anak2 pelajar ke arah acuan yang diredhai Allah swt... Amin

Sememangnya bagi diriku ini, aku bersyukur mnjadi guru kaunseling... Guru kaunseling mngajar ak untuk mnjadi ikhlas lillahitaala dalam mendidik pelajar.... Mendidik aku supaya menjaga hubungan baik dengan manusia  dan juga mengingatkan aku untuk menjaga hubungan dengan Allah swt... Biarlah Guru kaunseling tidak mendapat nilaian di mata manusia tentang kebaikan mereka TETAPI mendapat nilaian disisi Allah... Guru kaunseling tidak semua pelajar menghargai jasa dan pengorbanan mereka seperti guru yang mngajar... Apa  yg guru kaunseling buat untuk pelajar, pelajar tidak tahu... Kebiasaannya guru kaunseling tidak mendapat tempat di sisi pelajar kecuali bagi pelajar yang m kerap mendapat khidmat guru kaunseling ?.. Apapun aku tetap bersyukur... Cuma yang kuharapkan mudah2an aku sebagai guru kaunseling termasuk dalam doa mereka... Biarpun sesiapa yang dinamakan manusia tidak menghargai kami guru kaunseling....
AKU TETAP GURU KAUNSELING BERAZAM UNTUK MENDIDIK DAN MEMBANTU ANAK2 PELAJARKU!!!!!!




Sabtu, 4 Julai 2015

Kehidupanku

Assalammualaikum wbt..
Hari ni tiba2 terdetik dalam hatiku untuk view balik blog yg telah lama ku tinggal kan ini...
Hari ni dh masuk 19 Ramadhan ak berpuasa... Alhamdulillah dgn nikmat yg Allah berikan utk aku berpuasa , membaca alquraan dan berterawih di bulan Ramadhan nienwalaupun banyak kekurangannya.., Mudah2 an amalankundi bulan Ramdhan diterima Allah swt

Hatiku terasa sedih hari nie... Sedih apabila mengenangkan kehidupan yg aku lalui... Allahurabbi, sgguh byk ujian Dan dugaan dlm hidup ini.. Kekadang aku rasa sgt lemah Dan tak berdaya utk aku harungi... Apa yg aku mampu hanyalah mohon kekuatan Dari Allah swt utk aku tabah dan sabar...
Aku tidak mengharapkan utk hidup aku sempurna secara berlebihan cukup lah apa yg Allah berikan kepadaku... Cuma doaku yg tidak pernah putus utk dikurniakan cahaya mata yg Akan mendoakanku ketika aku tiada lg di dunia ini...

Apapun  alhamdulillah Ya Allah kerana kurniakan hadif dlm hidupku,teman penawar duk aku... Hadif walaupun 3tahun beberapa kali selalu doakanku dgn ayat " Ya Allah tolong bantu Mak... Amin"  Cuba bayangkan perasaanku apabila mendengar kata2 seorg anak yg tidak tahu apa2 ini Dan baru nak membesar... Aku cukup tersentuh dgn doa anak ini...aku menangis..menangis Dan menangis... Aku pernah menyebut dihadapan hadif, kalu Mak tak Ada sapa2, siapalah yg Akan jaga mak.?... Shbt2 tau x apa yg dijawabnya... " Ustz hadif ada jaga mak...." sedih dan hiba, itulah yang aku rasai... Tlg doakan anak ini Ustz Muhammad hadif amzar menjadi anak yg soleh...amin

Rabu, 20 November 2013

Alhamduillah dah ada rumah

Assalammualaikum wbt..
Alhamdulillah dah nak dekat 1 minggu cuti sekolah dah berlangsung.. Maka barulah ada masa saya nak update blog nie... Macam2 kisah yang dilalui pada tahun ini... Ada yang sedih dan ada juga yang gembira... Insyallah saya kisahkan yang gembira dulu buat entry kali ini...

BELI RUMAH BARU

Untuk makluman semua sahabat2, alhamdulillah  saya dan suami berjaya memiliki rumah sendiri setelah hamper 4tahun menyewa rumah... Wang sewa rumah bukannya murah, mahal jugak lah  sekarang ni walaupun  menyewa di kawasan kampung.. Alhamdulillah, dengan keizinan Allah swt, kami berjaya membeli rumah yang baru naik tahun lepas... Tue pun kebetulan suami menelefon pemaju untuk bertanya rumah di kawasan lain.. Di kesempatan itulah pemaju menawarkan rumah 3tingkat dengan harga yang begitu rendah.. Kalau diikutkan rumah yang kami beli nie dah Ada pembeli tetapi pembeli yang asal tue kena reject loan dan hanya tinggal rumah ini sahaja... Kami pun apa lagi pergilah meninjau kawasan strategik nie... Kami pun meminta pendapat Dan preset ujian daripada ke dua- dua belah keluarga... Mak dan abah kami berdua meminta agar kami membeli rumah terse but... Alhamdulillah berkaitan persetujuaan kedua-dua belah keluarga kami pun telah membeli rumah ini..

RUMAH SIAP PADA TAHUN 2013

Alhamdulillah pada hujung bulan Mei, saya telah mendapat kunci rumah... lalu kami membuat semakan kerosakan rumah dan telah membuat Adana kepada pemaju perumahan... Emm bila masuk rumah baru banyak ongkosnya jugak... Antara perkara yang perlu buat bila masuk rumah baru ini ialah:
*  masuk electrik rumah
*. Masuk air
*. Beli perkakas elektrik (kipas dan lampu)
*. Wiring rumah ( Mujur Ada sahabat suami sudi membantu... Terima kasih ustaz)
*. Beli perkakas bilik air ( penyidai tuala, tempat letak perkakas, paip air)
*. Buat grill rumah (pintu dan tingkap)
*   Buat langsir
*. Buat kitchen cabinets
*. Buat bumbung tambahan dapur dan awning
*. Beli tv dan masuk astro
*. Beli cat rumah dan mengecat rumah ( penat oooo)

Huhuhu... Memang banyak wang kena dikeluarkan... Jadi sahabat2, elok benarlah menyimpan sedih it daripada duit gaji dan juga duit kwsp ( bagi pekerja kerajaan yang ambik skim pencen)... Semua duit nie sangatlah diperlukan apabila masuk rumah baru... Lebih baik guna wang simpan an daripada berhutang dengan bank...hehe..

MASUK RUMAH BARU

Alhamdulillah, segala pujiaan bagi Allah swt kami telah selamat masuk ke rumah baru kami lebih kurang  dah 2 bulan... Kami dapat mrnyelamatkan duit kami daripada menyewa rumah kepada memiliki rumah sendiri... Syukur sangat2... Kami juga adalah orang pertama merasmikan lot perumahan 21 unit...hehe.. Rumah kami juga terletak berdekatan dengan kedua-dua rumah mak abah kami... Kami ni kiranya tinggal di tengah-tengah antara kedua-dua keluarga kami...









Khamis, 31 Oktober 2013

Maafkan Diri Ini

Assalammualaikum wbt..
Ahlan Wa Sahlan ke blog saya yg sentiasa kosong dgn catatan baru... Entah kenapa hati ini terasa sayu ja.. Mungkin kerana banyak memikirkan urusan2 dunia berkaitan dengan diri sendiri.... Ya Allah bertapa kerdilnya dan jahilnya diri ini selalu berfikirkan perkara2 duniawi yg bukannya boleh membawa ke alam akhirat nanti...Apabila memuhasabahkan diri saya bertambah hibanya lagi apabila mengenangkan betapa saya banyak melalaikan tanggungjawab kepada Allah baik daripada segi ibadat, perbuatan Dan perlakuaan... Kadang2 saya sering terlupa untuk membaca alquraan, qiamulail dan berbuat baik kepada sesama muslim ataupun bukan muslim... Huhu.. Bagaimanakah keadaan saya disisi Allah skrg ini Dan akan datang?? Ya Allah, kasihanilah hambaMU ini ,lindungilah hambaMU ini Dari sebarang kecelakaan, kejahilan dan kemaksiatan kepadaMU.... Tolong lah wahai semua sahabat2ku aminkan doaku Dan tolong lah berdoa kepadaku... Ya Allah ampunilah dosa2ku Dan kepada semua sahabat tolonglah doakan saya Dan halalkan ilmu serta makan Dan minum saya kepada anda semua