Blogger Layouts

Ahad, 8 Julai 2018

Muhammad Mirza Nufail

Assalammualaikum wbt..

Subhanallah setelah sekelian lama tidak menulis di blog akhirnya malam ni tergerak hati untuk membuka dan menulis di blog.. Teringat Kenangan lama apabila ingin membuka blog di awal perkahwinan , nama Mirza di ambil sebagai nama alamat website blog ini.. Nama Mirza adalah nama inspirasi suamiku kepadaku iaitu bermaksud teman.. Mirzatulkhair bermakna teman yang baik.. Nama tersebut sentiasa mekar dalam hubungan kami sehinggalah usia perkahwinan kami menginjak ke tahun 2015..  Percaturan Allah yang membenarkan nama Mirza aku lafazkan kepada adikku yang meminta aku mencadangkan nama yang baik untuk anaknya.. Allah yg memberiku ilham untuk aku menamakan anak sulung adikku yang aku anggap seperti anakku sendiri dengan nama Muhammad Mirza Nufail yang bermaksud hadiah anak yang baik.. Akhirnya nama hubungan cintaku dan suamiku terletak pada cinta hatiku Muhammad Mirza Nufail.. Saatnyang paling terindah setelah beliau lahir adik iparku berpantang di rumahku selama sebulan aku antara yang membesarkan mirza sehingga kini... Begitu lah warna-warni keindahan yang Allah berikan kepadaku dan suami selain kesayangan kami hadif dan husna.. Ya Allah terima kasih di atas anugerah terindah di sebalik ujian dalam kehidupanku..

Alhamdulillahhirabbil alamin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan