Blogger Layouts

Isnin, 12 Oktober 2009

Aidilfitri





Tiada apa yang dapat boleh gambarkan kegembiraan dihati saya melainkan menzahirkan kesyukuran kepada Allah swt di atas anugerah nikmat yang diberikan kepada saya..Alhamdulillah tahun ini saya menyambut aildilfitri dengan gelaran seorang isteri..Maka tahun ini juga bertambahlah ahli keluarga saya dan sudah tentu beraya kali ini lebih seronok dengan kehadiran mak dan abah, adik-adik serta saudara mara (sebelah suami)..

Sempena hari raya, saya dan suami memilih tema warna yang sama untuk memakai baju raya iaitu krim kecoklatan dan biru..Memakai baju warna yang sama bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk tetapi hanya sekadar untuk meraikan kegembiraan kami di aidilfitri sebagai pasangan suami isteri..Aidilfitri ini memberi peluang kepada kami untuk mengenali sanak-saudara ke dua-dua belah keluarga dengan lebih erat lagi..Oleh itu sepanjang aildilfiri ini tiap-tiap hari aktiviti kami hanya menziarahi sanak saudara dari pagi hingga ke petang...Walaubagaimanapun ada juga rumah saudara yang belum sempat kami ziarahi kerana terlampau ramai sehingga kami berdua kena marah dengan pak teh..hehe..maaf yer pak teh..

Dek kerana keghairahan menziarahi sanak-saudara dan memakan makanan yang pelbagai sampaikan saya telah jatuh sakit...saya demam,cirit-birit, dan muntah...lebih mengejutkan suhu badan saya sehingga mencecah 38.8 apabila diukur..alhamdullah nasib baik hanya dijangkiti virus demam bukan h1n1 atau ili...alhamdulillah..apabila jatuh sakit begini, saya dapat merasai kasih-sayang suami..abang sampaikan sanggunp bercuti utk menjaga saya, menyuapkan makanan apabila saya lapar, menjelum air asam jawa apabila badan saya terlampau panas, memicit kepala saya apabila terlampau sakit serta menyuap ubat dan mendoakan saya cepat sembuh...alhamdullah,syukur ya Allah kerana mengurniakan seorang suami yang sentiasa sabar dan boleh menjaga sakit pening saya..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan