Blogger Layouts

Isnin, 12 Oktober 2009

Mengiringi Kepergian Fahmi Ke India





Pada 11 Oktober 2009, kami sekeluarga bertolak ke KLIA untuk menghantar adik kami, Fahmi untuk menyambung pelajaran ke INDIA dalam bidang perubatan selama 4 1/2 tahun.

Kami bertolak dengan 2 buah kereta pada jam 4 ptg di mana sebuah kereta lagi kami menumpang kereta seorang sahabat upm iaitu Samawi ..Jazakallah khairan mawi =)..Adik kami menaiki flight ke India pada jam 10mlm..Puas juga kami berpusing-pusing di sekitar KLIA sementara menanti Fahmi masuk ke tempat pelepasan.

Walaubagaimanapun terasa berat juga dihati kami ingin melepaskan Fahmi pergi.Saya antara insan di dalam keluarga yang mengalirkan air mata ketika mengiringi kepergiannya kerana sepanjang saya berjauhan dengan suami ini, dialah yang menemani saya. Saya juga sering meminta tolongnya untuk ke mana-mana dan membeli barang2 atau makanan..Selain itu Fahmi juga tempat saya bergaduh dan berleter..Walaubagaimanapun saya&abg anuar(suamiku), mak&abah,faizarul, dan adik serta sanak saudara mendoakan fahmi akan berjaya di dunia dan akhirat...amin..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan